10 Kelebihan Simpanan Emas atau Perak Melalui GAP/SAP

Saya nak senaraikan secara ringkas mengenai kelebihan simpanan emas atau perak melalui Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP).

1. Telah disahkan Patuh Syariah
Setiap transaksi pembelian emas atau perak Public Gold, termasuklah yang dibeli melalui GAP/SAP adalah memenuhi akad jual beli barang ribawi. Ianya telah disahkan patuh shariah oleh panel shariah, Amanie Advisors. Rujuk sijil dibawah:
2. Yuran simpanan dalam Akaun GAP/SAP adalah PERCUMA
Tiada bayaran bulanan mahupun tahunan. Anda jimat kos peti simpanan emas disewa dari bank. Anda cuma membayar premium caj sekiranya ingin mengeluarkan (redeem) gram yang dikumpul dalam akaun ke dalam bentuk emas fizikal.
3. Boleh membeli emas/perak serendah RM100
Ini adalah belian minimum. Mana nak cari tawaran belian emas berketulenan 999.9 pada harga serendah ini. Contoh harga 15/10/2020, dengan RM100 anda dapat 0.3584 gram emas.
Jadi, mudah nak faham bahawa setiap kali buat pembelian ianya akan ditukar terus kepada gram pada hari tersebut.
4. Tiada komitmen bulanan
Tak semua orang mampu menyimpan emas setiap bulan. Jadi, dengan akaun emas Public Gold ini terpulang dengan anda bila nak buat penambahan (top up) gram emas.






5. Kos penyimpanan emas/perak secara percuma oleh 
Public Gold




Apa yang dibeli, itulah jumlah simpanan emas/perak anda. Public Gold tak akan kurangkan untuk bayaran kos simpanan.





6. Belian secara online -24 jam sehari.




Ada applikasi disediakan untuk pengguna Iphone dan Android.
7. Boleh keluarkan emas/perak fizikal pada bila-bila masa dan fleksibel.
Flexible bermaksud boleh pilih produk apa yg hendak dikeluarkan. Contohnya jika anda memiliki 6 gram emas di akaun GAP, anda boleh keluarkan 5 gram gold bar ataupun 1 dinar (4.25 gram syiling emas). Yang penting ada baki minima 1 gram ditinggalkan.





8. Boleh jual semula emas/perak pada bila-bila masa kepada PG.



Harga jualan adalah bergantung kepada harga buy-back untuk emas/perak pada ketika jualan balik.
9. Gadai emas secara online
Paling menarik, anda ada pilihan untuk buat gadaian emas menerusi akaun emas Public Gold ini. Di Malaysia, hanya Public Gold mempunyai kemudahan Ar-Rahnu secara atas talian. Best tau!





10. Boleh buka “junior account” untuk kanak2 dibawah umur 18 tahun.

Akaun kanak-kanak akan di JV dengan ibu/bapa/penjaga. Ibu bapa boleh menjadi wakil kepada anak-anak untuk buat pengeluaran emas, selagimana mereka dibawah usia 18 tahun. Selepas kanak-kanak berumur lebih 18 tahun, secara automatik akan bertukar ke akaun dewasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SELAMAT DATANG