10 Kelebihan Simpanan Emas atau Perak Melalui GAP/SAP
Saya nak senaraikan secara ringkas mengenai kelebihan simpanan emas atau perak melalui Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). 1. Telah disahkan Patuh Syariah Setiap transaksi pembelian emas atau perak Public Gold, termasuklah yang dibeli melalui GAP/SAP adalah memenuhi akad jual beli barang ribawi. Ianya telah disahkan patuh shariah oleh panel shariah, Amanie Advisors. Rujuk sijil dibawah: 2. Yuran simpanan dalam Akaun GAP/SAP adalah PERCUMA Tiada bayaran bulanan mahupun tahunan. Anda jimat kos peti simpanan emas disewa dari bank. Anda cuma membayar premium caj sekiranya ingin mengeluarkan (redeem) gram yang dikumpul dalam akaun ke dalam bentuk emas fizikal. 3. Boleh membeli emas/perak serendah RM100 Ini adalah belian minimum. Mana nak cari tawaran belian emas berketulenan 999.9 pada harga serendah ini. Contoh harga 15/10/2020, dengan RM100 anda dapat 0.3584 gram emas. Jadi, mudah nak faham bahawa setiap kali buat pembelian ianya akan ditukar terus kepad